Monday, March 7, 2011

peranan media dalam menyebarkan syiar islam...

peranan media sebagai pemangkin dakwah...
  • menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  • mempertahankan isu2 yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  • menggunakan pendekatan dan kaedah bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan
  • menangkis serangan media barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  • menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

sesungguhnya, medium yang paling hampir dengan seluruh umat manusia masa kini adalah telekomunikasi yang jika diperkecilkan lagi skopnya adalah menerusi medium hiburan yang berbentuk informasi atau dengan kata lain menerusi filem mahupun rancangan di televisyen. Nah, ternyata medium inilah yang sekarang mencatat kedudukan tertinggi di hati insan dan bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, tetapi seluruh dunia.Para ibu bapa dengan filem bollywood…Remaja dengan cerita cintanya….dan kanak-kanak dengan cerita kartun…dan rancangan-rancangan sebeginilah yang sering melalaikan setiap ummat yang bergelar muslim daripada memunaikan kewajipan yang paling dituntut oleh ALLAH Subhanallah Taala..seperti solat..dan sebagainya… 

Lihat sahaja di kaca televisyen bagaimana serangan yang dilakukan oleh orientalis Barat ini telah meracuni pemikiran umat masa kini dengan hiburan yang melalaikan, perbuatan maksiat yang dianggap sebagai gaya dan rencah hidup masa kini yang berteraskan arus kemodenan yang melalaikan. 

Nyata sahaja golongan kufar ini mampu mendabik dada dan berteriak "Inilah serangan yang dapat kami takhluki tanpa pertumpahan darah! Inilah kemenangan yang berjaya kami bolosi dengan serangan jiwa dan pemikiran umat masa kini. Kami kuasai ekonomi, hiburan dan maklumat terkini menerusi satu saluran iaitu teknologi multimedia yang semakin dikenali dan diagungi! Nah, nyata kemenangan telah kami perolehi!!" Persoalan dan bukti menampakkan diri, kini hujahan berikut mengukuhkan bukti. 

Lihat sahaja bagaimana fasihnya dan tekunnya anak-anak muda generasi kini menghafal dan mengagungkan artis barat yang menjadi idola mereka. Fasihnya mereka ini menghafal lagu-lagu yang kadang butir katanya adakala berbaur lucah dan bersifat nista, sedangkan kitab Al-Quran itu seakan beban untuk dibaca apa lagi untuk dihafaz. Agungnya artis barat itu sehingga sanggup bergolok bergadai untuk ke konsert yang dibuat atas dasar 'inilah bukti setianya aku kepadamu' sedangkan tokoh-tokoh agama, panglima-panglima Islam yang punya sejarah gemilang tak mereka ketahui, malahan ada yang memeritkan Rasul pesuruh Allah itu tak diketahui sirah dan sifatnya. Masya-Allah! Bala apakah ini? 



Demokrasi. Satu sistem yang dianggap adil dan saksama kerana menggunakan majoriti dan suara orang ramai dalam mencari sesuatu penyelesaian. Tetapi, lihat secara tersiratnya, bukan yang tersuratnya sejauh mana sistem ini mampu menaikkan sesebuah negara jika sistem yang dijalankan ini tidak diamalkan bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sejauh manakah keberkesanan dan berjayanya undang-undang itu seandainya hanya mampu dipraktikkan di atas kertas semata mahupun kata 'DEMOKRASI' itu sendiri sedangkan tidak diamalkan dengan cara yang betul?

Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya gejala buli, merompak, memperkosa semakin menular dalam kalangan masyarakat masa kini sedangkan jika dikaji dan ditimbang tara masalah ini berpunca daripada penerapan ideologi kufar itu sendiri. 

Masyarakatkah yang salah kerana membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah kebingungan jajahan pemikiran orientalis barat ini? Kucing mana yang mahu menolak ikan segar tersedia di depan mata, siapa yang tidak akan tertarik jika pelbagai taktik yang menyilaukan pandangan dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Sisipan iman di dada yang lemah tidak dapat membantu menguatkan diri untuk menegah daripada berlakunya kemungkaran yang bermaharajalela di depan mata. 

Pimpinan iman itu yang menyelamatkan hati-hati daripada terpaut pada ajakan lawan. Nah, nyata di sini bagaimana faktor kepimpinan itu sendiri yang dapat memainkan peranan yang teramat penting bagi menggalas bebanan ini. Sekiranya kepimpinan yang di atas pundak itu berjuang dengan panduan Al-Quran dan As sunnah, mengamalkan yang makruf dan menghindar yang mungkar, pasti gejala yang berlaku pada masa kini tidak terjadi.

Penyelesaian tidak dapat dicari andai kita saling salah menyalahi. Pentingnya di sini, ekonomi Islam itu perlu kita kuasai, ilmu duniawi itu perlu kita terokai, untuk bimbingan menuju uhkrawi. Menghurai maksud isi dunia menerusi permasalah yang cuba dikaji, nyata medium yang selama ini menjadi hiburan insan ini perlu kita kuasai dengan cara yang islami agar nilai kesedaran itu dapat kita perolehi. Lihat sahaja sejarah bagaimana Malaysia yang tercinta ini mendapat kemenangan daripada jajahan takhlukan kuasa yang lain dan tidak bukan bertitik tolak daripada medium yang paling hampir dengan masyarakat iaitu media massa.

Media massa yang memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat dalam usaha dakwah Ad-Deen ini. Corak penyampaian yang sangat berkesan dan memudahkan adalah dengan cara penyampaian di saluran kaca televisyen, dan di corong-corong radio. Bukan hendak menafikan medium penulisan yang juga memainkan peranan yang sangat penting, namun kesibukan masyarakat masa kini memungkinkan hanya segelintir yang membaca berbanding dengan mendengar mahupun menonton. 

No comments:

Post a Comment