Tuesday, March 8, 2011

metode yang disarankan dalam....


Beberapa metode komunikasi telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh allah s.w.t sebagaiman dimurkilkan dalam Al-Quran yang bermaksud
 serulah kamu ke jalan tuhanmu dengan hikmah(bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujjahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. sesungguhnya tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYA dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.   (al-nahl : 125)

Terdapat 3 Golongan Manusia Di Muka Bumi Ini,, 
 sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
"berbincanglah kepada manusia menurut kecerdasan fikiran mereka".
(riwayat muslim)

1.  Golongan Cendiakawan
o    dapat berfikir secara kritis dan peka mengenai persoalan kehidupan.
o    untuk berbicara dengan golongan ini mestilah berbicara dengan hikmah melalui fakta, dalil dan hujjah yang dapat diterima mereka.
2.  Golongan Awam
o    tidak dapt berfikir secara kritis dan mendalam serta tidak dapat memahami perkara-perkara yang abstrak.
o    menggunakan metode mau'izzatul hassanah iaitu melalui ajaran dan pendidikan yang baik serta mudah difahami.
3.  Golongan Pertengahan
o    golongan ini gemar berbincang dan berbahas dalam batsan tertentu sahaja.
o    penyampaian mestilah menggunakan kaedah "al-mujadalah billati hiya ahsan"  berbincang dan berdebat dengan baik kerana keadaan ini mendorong mereka berfikir dengan baik..


No comments:

Post a Comment