Tuesday, March 8, 2011

kalau media disalahgunakan...apa jadi pada masyarakat?

- Setiap Satu Perkara Pasti Ada Halangan/ Cabaran Dan Kesan Tersendiri... Kalau Media Disalah Gunakan, Apa Agak Nya Jadi Kat Masyarakat Ye?...

          TELEVISYEN
  • - Tv Merupakan Media Elektronik Yang Amat Terkenal, Semua Orang Menonton Tv. 
  • Apa Sahaja Yang Dipaparkan Melalui Tv Akan Secara Tidak Langsung Mempengaruhi Sesuatu Masyarakat.
  • Oleh Itu Setiap Cerita Yang Ingin Ditayangkan Perlu Membuat Ditapis Agar Adengan-Adengan Tidak Sepatutnya Tidak Dipaparkan, Apatah Lagi Ketika Siaran Berlangsung. 
  • Hal Demikian Perlu Dilaksanakan Agar Masyarakat Tidak Terpengaruh Dengan Budaya2 Negatif Yang Dipaparkan.
INTERNET
  • Internet Pula Adalah Penggunaan Teknologi Yang Amat Terkenal Kerana Segalanya Dihujung Jari Anda, Internet Adalah Penyampai Maklumat Yang Paling Pantas Seperti Cerita-Cerita Sensasi Malah Apa Saja Yang Berlaku Dalam Dunia Ini Hanya Dengan 'Search' Di Internet.
  • Begitu Murah, Mudah Dan Cepat Tetapi Mendatangakan Banyak Kesan Negatif Kepada Masyakat Seperti Anti-Sosial, Maklumat Sulit Didedahkan, Wujudnya Jenayah Siber, Masyarakat Leka Dengan Apa Yang Dipaparkan Dalam Alam Maya, Hilang Minat Terhadapa Dunia Nyata Dan Boleh Menjadikan Seseorang Islam Itu Terpesong Agamanya Dek Kerana Maklumat Palsu Yang Disebarkan, Mencetus Pergaduhan Dan Lain2 Lagi..
RADIO
  • Radio Merupakan Medium Diantara Media Dan Orang Awam, 
  • Segala Cerita Disampaikan Oleh Penyampai Radio Mestilah Benar Dan Berguna..
  • Penyampaian Radio Mestilah Seorang Yang Beretika Kerana Ia Memberi Kesan Kepada Pendengar..

Sebagai Seorang Pengguna Media, Kita Patut Sedar Bahawa Media Merupakan Dakwah Yang Amat Penting Dalam Menyampaikan Maklumat Kepada Manusia. Oleh Itu,Maklumat Yang Disebarkan Haruslah Benar Belaka Kerana Pembentukan Masyarakat Hari Ini Adalah Refleksi Dari Apa Yang Didedahkan Oleh Media. 

- Dunia Baru,,Alaf Baru,,Abad Baru,,Tahun Baru,,,Teknologi Baru....Kita Menempuhi Pelbagai Pembaharuan Hari Ini...Segala-Galanya Baru...Hebatnya Kehadiran Perkara2 Baru Ni,,,Kite Dapat Tengok Revolution... Macam-Macam Ada,,,Mcm-Mcm Mesin,,,Mcm-Mcm Jnis Org Dan Banyak Lagi Macam-Macam...Wahhh,,,Untung Lah Orang Zaman Millennium Ni...Tapi,,,Jgn Pernah Lupa Sesuatu Ye,,,Semakin Maju Teknologiiii,,,,Semakin Manusia Hilang Arah...Kenapa? Mungkin Kita Terlupe, Atau Buat2 Lupa Atau Memang Kita Taknak Ingat... Semakin Hampir Kehadiran Hari Kiamat,,,Semakin Hampir Kita Dengan Kejahilan...Bahkan Tiba Masanya,,,Takkan Ada Satu Hamba Allah Pon Yang Mampu Mengucap Kalimah Allah...Subhanallah...Mudah2an, Kita Bukan Golongan Tu...Jadi,,,Fikir2 Kan Lah...Mampu Ke Kite Menggalas Tanggungjawab Sebagai Seorang Islam Yang Taat Pada Agama,,,Taat Kepada Suruhan Allah Dan Taat Pada Allah? Mampu Ke Kite Jd Seorang Yang Soleh/Solehah Seirng Dengan Kemajuan Dunia?
Renung2kan Lah...

metode yang disarankan dalam....


Beberapa metode komunikasi telah dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W berdasarkan garis panduan yang dibekalkan oleh allah s.w.t sebagaiman dimurkilkan dalam Al-Quran yang bermaksud
 serulah kamu ke jalan tuhanmu dengan hikmah(bijaksana) dan nasihat yang baik dan berhujjahlah dengan mereka dengan sebaik-baiknya. sesungguhnya tuhanmu lebih mengetahui siapa yang sesat dari jalanNYA dan Dialah yang mengetahui orang yang mendapat petunjuk.   (al-nahl : 125)

Terdapat 3 Golongan Manusia Di Muka Bumi Ini,, 
 sabda Rasulullah S.A.W bermaksud:
"berbincanglah kepada manusia menurut kecerdasan fikiran mereka".
(riwayat muslim)

1.  Golongan Cendiakawan
o    dapat berfikir secara kritis dan peka mengenai persoalan kehidupan.
o    untuk berbicara dengan golongan ini mestilah berbicara dengan hikmah melalui fakta, dalil dan hujjah yang dapat diterima mereka.
2.  Golongan Awam
o    tidak dapt berfikir secara kritis dan mendalam serta tidak dapat memahami perkara-perkara yang abstrak.
o    menggunakan metode mau'izzatul hassanah iaitu melalui ajaran dan pendidikan yang baik serta mudah difahami.
3.  Golongan Pertengahan
o    golongan ini gemar berbincang dan berbahas dalam batsan tertentu sahaja.
o    penyampaian mestilah menggunakan kaedah "al-mujadalah billati hiya ahsan"  berbincang dan berdebat dengan baik kerana keadaan ini mendorong mereka berfikir dengan baik..


Monday, March 7, 2011

jenis-jenis media komunikasi islam

1.  Al-Quran
o    sebagai informasi,pengawasan sosial, mendidik, memberi pertunjuk, nasihat, memberi keyakinan, memperkukuh pegangan hidup dan sebagainya
2.   Jemaah @ Organisasi
o    organisasi politik, sosial, pendidikan, kebajikan, agama(dakwah), sukan, rekreasi dan sebagainya.
o    menyampaikan ajaran-ajaran keagamaan seperti persatuan ulama, persatuan pemuda masjid, dan sebagainya.
o    menyampaikan mesej tentang kesedaran terhadap kepentingan ilmu, kesihatan, penjagaan alam sekitar, dan sebagainya.
3.  Lisan
o    pidato, kuliah, diskusi, penerangan agama dan sebagainya
4.  Tulisan
o    poster, risalah, buletin, buku, majalah dan sebagainya.
5.  Lukisan Atau Gambar
o    peta, ukiran gambar, grafik, diagram, statistik, dan lain-lain
6.   Perbuatan Atau Bahasa Badan Termasuk Isyarat
o    menziarahi orang sakit
o    berkunjung ke rumah anak-anak yatim , rumah orang2 tua dan sebagainya
7.   Audio - Visual
o    filem, drama, sandiwara, teater dan sebagainya.

kelebihan menjadi wanita..:)




2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

5. Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

Bersyukur lah kerana dipilih manjadi seorang wanita!

kekangan komunikasi...

Halangan Yang Dihadapi Dalam Komunikasi...
  • mengutuk orang
  • memperkecil-kecilkan orang lain
  • membocorkan rahsia orang
  • mengumpat orang
  • memuji berlebihan
  • bertengkar
  • bercakap kotor dan sebagainya...

opps,,,ni kan aktiviti harian kita,,,
astaghfirullahhalazim....
mudah2an amalan ni takkan diteruskan lagi dan,, 
mudah2an,,, hari ini lebih baik dari semalam,
serta hari esoklebih baik dari hari ini...
mudah2an....

why hijab...?

http://www.youtube.com/watch?v=CWsXlBUizTg

peranan media dalam menyebarkan syiar islam...

peranan media sebagai pemangkin dakwah...
  • menyebarkan peranan islam dan menjelaskan kebenaran kepada orang ramai.
  • mempertahankan isu2 yang berkaitan dengan kehidupan ummah.
  • menggunakan pendekatan dan kaedah bijaksana dalam menjayakan proses komunikasi yang berkesan
  • menangkis serangan media barat serta melemahkan hujah dan posisi mereka disamping mengukuhkan sasaran dan perspektif islam.
  • menghadapi perang media propaganda asing serta melindungi ummah dari usaha yang menyesatkan.

sesungguhnya, medium yang paling hampir dengan seluruh umat manusia masa kini adalah telekomunikasi yang jika diperkecilkan lagi skopnya adalah menerusi medium hiburan yang berbentuk informasi atau dengan kata lain menerusi filem mahupun rancangan di televisyen. Nah, ternyata medium inilah yang sekarang mencatat kedudukan tertinggi di hati insan dan bukan sahaja digemari oleh kanak-kanak, tetapi seluruh dunia.Para ibu bapa dengan filem bollywood…Remaja dengan cerita cintanya….dan kanak-kanak dengan cerita kartun…dan rancangan-rancangan sebeginilah yang sering melalaikan setiap ummat yang bergelar muslim daripada memunaikan kewajipan yang paling dituntut oleh ALLAH Subhanallah Taala..seperti solat..dan sebagainya… 

Lihat sahaja di kaca televisyen bagaimana serangan yang dilakukan oleh orientalis Barat ini telah meracuni pemikiran umat masa kini dengan hiburan yang melalaikan, perbuatan maksiat yang dianggap sebagai gaya dan rencah hidup masa kini yang berteraskan arus kemodenan yang melalaikan. 

Nyata sahaja golongan kufar ini mampu mendabik dada dan berteriak "Inilah serangan yang dapat kami takhluki tanpa pertumpahan darah! Inilah kemenangan yang berjaya kami bolosi dengan serangan jiwa dan pemikiran umat masa kini. Kami kuasai ekonomi, hiburan dan maklumat terkini menerusi satu saluran iaitu teknologi multimedia yang semakin dikenali dan diagungi! Nah, nyata kemenangan telah kami perolehi!!" Persoalan dan bukti menampakkan diri, kini hujahan berikut mengukuhkan bukti. 

Lihat sahaja bagaimana fasihnya dan tekunnya anak-anak muda generasi kini menghafal dan mengagungkan artis barat yang menjadi idola mereka. Fasihnya mereka ini menghafal lagu-lagu yang kadang butir katanya adakala berbaur lucah dan bersifat nista, sedangkan kitab Al-Quran itu seakan beban untuk dibaca apa lagi untuk dihafaz. Agungnya artis barat itu sehingga sanggup bergolok bergadai untuk ke konsert yang dibuat atas dasar 'inilah bukti setianya aku kepadamu' sedangkan tokoh-tokoh agama, panglima-panglima Islam yang punya sejarah gemilang tak mereka ketahui, malahan ada yang memeritkan Rasul pesuruh Allah itu tak diketahui sirah dan sifatnya. Masya-Allah! Bala apakah ini? 



Demokrasi. Satu sistem yang dianggap adil dan saksama kerana menggunakan majoriti dan suara orang ramai dalam mencari sesuatu penyelesaian. Tetapi, lihat secara tersiratnya, bukan yang tersuratnya sejauh mana sistem ini mampu menaikkan sesebuah negara jika sistem yang dijalankan ini tidak diamalkan bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah. Sejauh manakah keberkesanan dan berjayanya undang-undang itu seandainya hanya mampu dipraktikkan di atas kertas semata mahupun kata 'DEMOKRASI' itu sendiri sedangkan tidak diamalkan dengan cara yang betul?

Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya gejala buli, merompak, memperkosa semakin menular dalam kalangan masyarakat masa kini sedangkan jika dikaji dan ditimbang tara masalah ini berpunca daripada penerapan ideologi kufar itu sendiri. 

Masyarakatkah yang salah kerana membiarkan diri mereka terjebak dalam kancah kebingungan jajahan pemikiran orientalis barat ini? Kucing mana yang mahu menolak ikan segar tersedia di depan mata, siapa yang tidak akan tertarik jika pelbagai taktik yang menyilaukan pandangan dijadikan umpan untuk menarik perhatian. Sisipan iman di dada yang lemah tidak dapat membantu menguatkan diri untuk menegah daripada berlakunya kemungkaran yang bermaharajalela di depan mata. 

Pimpinan iman itu yang menyelamatkan hati-hati daripada terpaut pada ajakan lawan. Nah, nyata di sini bagaimana faktor kepimpinan itu sendiri yang dapat memainkan peranan yang teramat penting bagi menggalas bebanan ini. Sekiranya kepimpinan yang di atas pundak itu berjuang dengan panduan Al-Quran dan As sunnah, mengamalkan yang makruf dan menghindar yang mungkar, pasti gejala yang berlaku pada masa kini tidak terjadi.

Penyelesaian tidak dapat dicari andai kita saling salah menyalahi. Pentingnya di sini, ekonomi Islam itu perlu kita kuasai, ilmu duniawi itu perlu kita terokai, untuk bimbingan menuju uhkrawi. Menghurai maksud isi dunia menerusi permasalah yang cuba dikaji, nyata medium yang selama ini menjadi hiburan insan ini perlu kita kuasai dengan cara yang islami agar nilai kesedaran itu dapat kita perolehi. Lihat sahaja sejarah bagaimana Malaysia yang tercinta ini mendapat kemenangan daripada jajahan takhlukan kuasa yang lain dan tidak bukan bertitik tolak daripada medium yang paling hampir dengan masyarakat iaitu media massa.

Media massa yang memainkan peranan yang sangat penting kepada masyarakat dalam usaha dakwah Ad-Deen ini. Corak penyampaian yang sangat berkesan dan memudahkan adalah dengan cara penyampaian di saluran kaca televisyen, dan di corong-corong radio. Bukan hendak menafikan medium penulisan yang juga memainkan peranan yang sangat penting, namun kesibukan masyarakat masa kini memungkinkan hanya segelintir yang membaca berbanding dengan mendengar mahupun menonton.