Sunday, January 16, 2011

sekadar mukhadimah pembuka bicara...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana diberikan kesempatan kepada saya untuk menghasilkan blog, sebenarnya saya bukanlah seorang yang rajin menulis blog kerana tiada komitmen dan minat yang mendalam tentang penulisan blog. namun begitu, tugasan saya sebagai seorang pelajar fakulti komunikasi dan pengajian media yang turut mengambil matapelajaran pengajian islam dan komunikasi, ctu 271 yang menuntut saya supaya melakukan penulisan terutama kepada orang ramai disamping menyampaikan serba sedikit tentang kaitan diantara komunikasi dan islam serta beberapa perkara lain mengenai islam sekali gus melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang muslim. insya allah.
Saya bukanlah seorang ulama mahupun seorang yang alim,. saya mengambil sikap berlapang dada yakni setiap perkara yang saya dengar atau baca tidak semestinya saya akan terima mentah-mentah atau tolak bulat-bulat. begitu juga anda di luar sana, setiap apa yang saya katakan terpulang kepada penerimaan anda. sekiranya tidak bersetuju anda boleh mengutarakan pandangan anda kepada saya. Mana tahu kalau-kalau saya tersilap. Kita manusia insan yang lemah tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan. Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment