Tuesday, January 18, 2011

a lil reminder ntok semua...:)

·         Terlalu LAMA BERDIRI?
o   Merosakkan tulang. Urat-urat sekitar kaki menjadi kembang.
·         Terlalu LAMA DUDUK?
o   Merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh menjadi kendur.
·         Terlalu LAMA MELIHAT?
o   Merosakkan darah.. Darah haid menjadi lebih kotor dari biasa.
·         Terlalu BANYAK TIDUR?
o   Merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh. Selalu berangan-angan. Urat-urat sekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.
·         Terlalu RIANG/GEMBIRA?
o   Merosakkan usus.
·         Terlalu KERAP MARAH?
o   Merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.
·         Terlalu BANYAK BERFIKIR?
o   Merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu dan dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim dan sekitarnya mudah terjejas.
·         Terlalu BANYAK BERSEDIH?
o   Merosakkan jantung.
·         Terlalu MERANA?
o   Merosakkan paru-paru.
·         Terlalu TAKUT?
o   Merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.
·         Terlalu KERAP TERKEJUT?
o   Merosakkan pundit hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan kadangkala pendarahan terlebih.
·         Terlalu BANYAK MAKAN?
o   Merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak ?ragam? lauk/makanan yang dimakan dan semakin terjejas kesihatan)
·         Terlalu BANYAK MINUM AIS?
o   Merosakkan otot dan lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit dan tidak kelihatan awet muda.
·         Terlalu BANYAK MASA LAPANG?
o   Merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan suka berkhayal dan menimbulkan pelbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dengan aktiviti hidup positif.

No comments:

Post a Comment